Bersempena dengan hari yang mulia ini, pihak admin dan juga semua warga kerja unit ICT SSP ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik di SSP khususnya dan di Malaysia amnya.
Semoga dengan sambutan hari ini, maka akan menyemarakkan lagi semangat guru - guru untuk mendidik anak bangsa kita. Diharapkan semua guru dapat memberikan komitmen yang tinggi dan pengorbanan yang tulus ikhlas untuk masa depan agama, bangsa dan negara kita.
Gambar ihsan dari blog ridzuan1706.wordpress.com
Semoga pekerjaan dan pengorbanan kita ini mendapat keberkatan dari-Nya. Amin.
Pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada hari Isnin 16 Mei 2011. Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah pada waktu pagi. Murid - murid dikehendaki memakai pakaian sukan dan tidak perlu membawa beg. Aturcara khas yang menarik telah disusunpada hari tersebut. Waktu persekolahan murid - murid adalah seperti berikut :
Bersama - samalah kita menyambut Hari Guru ini dengan penuh rasa gembira. Kehadiran murid - murid amat dialu - alukan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.
Kepada semua ibu bapa dan sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan takwim sekolah SK Sri Petaling Tahun 2011 bolehlah klik pada pada pautan di bawah atau klik pada ruangan Menu di sebelah kanan.
Jika dipandang jauh ke hadapan, sumbangan komuniti terhadap kemajuan sekolah tidaklah seharusnya terhad daripada kumpulan atau persatuan semata - mata. Jika komuniti di sekeliling sekolah itu sedar dan tahu peranan mereka, maka banyak sumbangan secara individu boleh diberikan. Individu yang dimaksudkan tidak semestinya mempunyai anak di sekolah berkenaan. Individu - individu yang berpengaruh dalam komuniti seperti pemimpin komuniti, pemimpin polotik, penghulu, imam, dan sebagainya dapat memberi teladan dan nasihat kepada pelajar - pelajar di luar sekolah, nescaya akan dapat meringankan beban sekolah dan menambahkan keberkesanan proses pendidikan.
Setiap individu dalam komuniti dapat juga menyumbangkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam membantu sekolah dalam bidang kokurikulum dengan memberikan khidmat sukarela mereka dalam pelbagai bidang seperti mengajar seni silat, permainan tertentu seperti hoki dan lain - lain lagi.
Komuniti juga perlu membantu dalam mengadakan suasana yang sesuai dengan pembentukan perkembangan pelajar dengan menunjukkan sifat - sifat terpuji. Pelajar - pelajar akan dapat menghayati nilai - nilai yang baik di dalam dan juga di luar sekolah. Ini dapat mengelakkan timbulnya konflik nilai dalam diri pelajar itu.
Dahulu, guru dianggap sebagai penyampai pengetahuan dan pembimbing. Tetapi kini, ia lebih mencabar dengan tugas sebagai penasihat, pencipta, pengilham cita - cita, agen perubahan dan pembentuk moral. Oleh itu, masyarakat patut meletakkan taraf guru - guru yang membina minda dan diberi galakan. Ini akan dapat meningkatkan prestasi guru dan menaikkan moral serta motivasi guru.
- dipetik daripada karya Norihan Bt. Haji Azizan, "Konsep Permuafakatan", Siri Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki, Terbitan Institut Aminuddin Baki,2009.
Selama ini konsep merapatkan sekolah dengan rumah adalah melalui PIBG. Tujuannya adalah supaya kedua - dua pihak dapat berhubung rapat. Pewujudan PIBG sebenarnya merupakan usaha untuk membina muafakat dalam pendidikan. Pendidikan sebenar boleh diertikan sebagai suatu muafakat yang melibatkan seberapa banyak pihak yang mungkin. Ibu bapa, jiran tetangga dan semua yang bertembung dengan kanak - kanak atau pelajar - pelajar, turut menyertai proses pendidikan kanak - kanak itu.
Peranan permuafakatan ibu bapa dalam pendidikan setakat ini melibatkan aktiviti - aktiviti seperti gotong-royong, kempen mengutip derma dan mesyuarat agung PIBG. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Perakuan 69, ia menyatakan "Dalam usaha untuk merapatkan hubungan di antara sekolah dengan masyarakat, adalah diperakukan supaya diperkemaskan lagi kegiatan - kegiatan PIBG agar tujuan-tujuan pertubuhan itu dapat dicapai dengan lebih memuaskan, dan ini termasuklah soal mewujudkan disiplin yang diingini dalam kalangan murid - murid".
Ini menunjukkan penubuhan PIBG dianggap cukup penting dan sepatutnya memainkan peranan yang lebih luas dan berkesan lagi. Sekiranya segala aktiviti dapat dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya, maka diharapkan dapat :
mewujudkan persefahaman dan penyuburan muafakat antara sekolah dan ibu bapa ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan.
memperolehi kesepakatan dalam membuat keputusan yang bersangkut paut dengan pendidikan supaya para pelajar dapat muafakat yang paling maksimum.
memberi peluang kepada ibu bapa dan guru membincag dan menyelesaikan masalah pendidikan melalui permuafakatan dan pembentukan pasukan.
mewujudkan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan para pelajar.
membantu dan menambah usaha institusi pendidikan dalam mengadakan kemudahan dan keperluan pendidikan.
membolehkan ibu bapa dan guru bertukar - tukar fikiran dan maklumat pendidikan.
memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berunding di antara satu dengan lain tentang cara memperbaiki taraf pendidikan.
membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat ke arah mencapai matlamat perpaduan negara.
membantu mewujudkan perasaan cintakan negara, semangat kekitaan, muhibbah, toleransi dan bertanggungjawab dalam kalangan murid - murid, guru - guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
membantu supaya sekolah, guru dan murid mendapat perlindungan daripada sebarang angkara yang tidak sihat.
- bersambung...
- dipetik daripada karya Norihan Bt. Haji Azizan, "Konsep Permuafakatan", Siri Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki, Terbitan Institut Aminuddin Baki,2009.
Pihak Admin dan seluruh warga sekolah SK Sri Petaling mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga hari - hari mendatang akan membawa seribu kecemerlangan dan kegemilangan di dalam hidup kita. Selamat Bercuti...!!!
Idea untuk menghasilkan Jalur Gemilang daripada cap ibu jari murid telah mencetuskan satu dimensi baru di dalam konteks menyambut Bulan Kemerdekaan pada tahun ini. Idea ini telah mendapat sambutan yang cukup baik daripada semua murid Tahap Satu SK Sri Petaling dan mendapat kerjasama yang erat daripada guru - guru.
Idea ini datangnya daripada En. Syamsul Amri B. Mohd Noor, guru Pendidikan Seni Visual dan merangkap Ketua Panitia PSV yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan program ini. Hasil daripada idea ini dan juga kerjasama semua murid ini telah dimuatkan di dalam berita akhbar Kosmo! bertarikh 19 Ogos 2010.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Syamsul Amri dan semua guru serta murid SK Sri Petaling di atas kerjasama yang telah diberikan untuk menjayakan program ini. Semoga para guru SSP akan dapat menghasilkan lagi idea - idea yang canggih dan bernas untuk menjadikan SSP sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Kami mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan seterusnya selamat berpuasa kepada semua ibu bapa dan murid SK Sri Petaling, guru - guru dan seterusnya seluruh umat islam. Semoga kedatangan bulan Ramadhan ini dapat memberikan ketenangan dan kekuatan untuk kita terus berusaha menuju kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
Sukacita dimaklumkan bahawa sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini waktu persekolahan sesi petang telah diubah untuk keselesaan murid dan guru - guru sesi petang. Untuk melihat perubahan tersebut sila klik di sini atau tajuk di bawah.
1. HARI PERJUMPAAN KHAS DENGAN IBU BAPA MURID TAHUN 6
Dijemput semua ibu bapa murid tahun 6 untuk menghadiri perjumpaan ini pada 7 Ogos 2010. Program ni bertujuan membincangkan prestasi anak - anak menjelang peperiksaan UPSR 2010.
Perjumpaan bermula pada pukul 8.00 pagi di kelas masing - masing. Waktu persekolahan murid tahun 6 adalah seperti biasa dan murid tidak dibenarkan balik awal. Proses P & P murid Tahun 1 hingga Tahun 5 adalah seperti biasa.
Diharapkan semua ibu bapa murid Tahun 6 dapat meluangkan masa menghadiri perjumpaan ini demi kecemerlangan anak - anak kita.
2. HARI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA CUTI PERAYAAN DEEPAVALI
Dimaklumkan bahawa Sabtu 7/8/2010 telah ditetapkan sebagai hari persekolahan untuk menggantikan cuti pada Khamis 4 Nov. 2010 sempena perayaan Deepavali. Waktu persekolahan adalah pada waktu pagi sahaja dan menggunakan jadual waktu hari Khamis. Murid - murid Tahun 1 hingga Tahun 6 perlu hadir pada pukul 7.30 pagi hingga 12.55 tengah hari manakala murid - murid Prasekolah perlu hadir pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Pada hari Sabtu (17.7.10) yang lalu, satu sesi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali ke 5 telah diadakan di SK Sri Petaling untuk guru - guru dan kakitangan SSP. LDP ini telah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
Slot - slot yang telah dijalankan pada hari tersebut ialah sesi demonstrasi promosi oleh pihak Pensonic Sdn. Bhd., Ceramah oleh Puan Sri Aishah Bt Shamsuddin berkaitan pengalaman beliau sepanjang menjadi pendidik dan Ceramah yang bertajuk 'A Framework Of Teaching' Oleh Puan Rosilawati Bt Abdul Rahman, Pensyarah dari UiTM.
Melalui LDP pada hari tersebut para guru telah mendapat banyak input - input yang berkualiti untuk kegunaan di dalam P & P dan aktiviti seharian. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penceramah yang telah menyampaikan ilmu yang begitu baik sekali untu para guru.
Tidak lupa juga kepada Puan Hanim Bt Abdul Wahab, Ketua Biro Akademik, PIBG SSP yang telah bekerjasama untuk menjayakan LDP pada kali ini. Beliau juga turut hadir pada hari tersebut untuk memberikan sokongan di atas segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Terima kasih daun keladi...
Thursday, June 24, 2010
Yang Berbahagia Dato'/Datin/Tuan/Puan,
KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 TAHUN 1 DAN TAHUN 2
Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan, Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada program j-QAF. Tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dipikul oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan usaha untuk merealisasikannya diamanhkan kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral serta guru - guru yang dipertanggungjawabkan.
2. Kem Bestari Solat (KBS) dilaksanakan untuk memastikan murid - murid dapat menunaikan solat dengan sempurna. Kem Bestari Solat (KBS) Siri 1 bagi Tahun 1 dan Tahun 2 akan diadakan seperti maklumat berikut:-
Hari/Tarikh : Sabtu ( 26 Jun 2010 )
Masa : 7.45 pagi - 12.00 Tengah hari
Tempat : Dataran SSP
3. Keperluan untuk Kem Bestari Solat (KBS) adalah:- a) Murid (L) berpakaian sukan sekolah dan lengkap berkasut. b) Murid (P) berpakaian sukan sekolah dan lengkap berkasut serta bertudung. 4. Murid - murid Tahun 1 diingatkan supaya membawa buku Kem Bestari Solat yang telah dibeli pada awal tahun kemasukan ke sekolah. 5. Kehadiran semua murid adalah diwajibkan dan makanan akan disediakan sepanjang program tersebut.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
PAULINE LAI CHOY LIAN Penolong Kanan b/p Guru Besar SK Sri Petaling
SENARAI NAMA FASILITATOR KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 DAN TAHUN 2
USTAZ MUHAMMAD B ALI - KELAS 2 CEMPAKA & 2 MELUR - TEMPAT SURAU
USTAZAH FAIZAH BT MD. RAWI - KELAS 2 KENANGA - TEMPAT SURAU
USTAZ MOHD SHUKRI B ABDULLAH - KELAS 2 MELATI - TEMPAT BILIK J-QAF
USTAZAH SITI NORJANNAH BT ABDUL HAMID - KELAS 2 MAWAR - TEMPAT BILIK J-QAF
USTAZAH NOORHAYATI BT HASSAN - KELAS 1 CEMPAKA - TEMPAT KELAS 1 CEMPAKA
USTAZAH ANITASURIYANA BT MOHD ALI - KELAS 1 MELUR - TEMPAT KELAS 1 MELUR
USTAZ MOHD AZIZI B CHE YAACOB - KELAS 1 KENANGA - TEMPAT KELAS 1 KENANGA
USTAZAH MUSRIFAH BT HASAN - KELAS 1 MELATI - TEMPAT KELAS 1 MELATI
USTAZ YUSRI - KELAS 1 MAWAR - TEMPAT KELAS 1 MAWAR