SELAMAT TAHUN BARU 2020... SEMOGA TAHUN INI SSP AKAN LEBIH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.. GO SSP!!!!

Thursday, June 24, 2010

Yang Berbahagia Dato'/Datin/Tuan/Puan,


KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 TAHUN 1 DAN TAHUN 2


Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan, Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada program j-QAF. Tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dipikul oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan usaha untuk merealisasikannya diamanhkan kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral serta guru - guru yang dipertanggungjawabkan.


2.      Kem Bestari Solat (KBS) dilaksanakan untuk memastikan murid - murid dapat menunaikan solat dengan sempurna. Kem Bestari Solat (KBS) Siri 1 bagi Tahun 1 dan Tahun 2 akan diadakan seperti maklumat berikut:-


          Hari/Tarikh    : Sabtu ( 26 Jun 2010 )

          Masa              : 7.45 pagi - 12.00 Tengah hari

          Tempat           : Dataran SSP


3.      Keperluan untuk Kem Bestari Solat (KBS) adalah:-
             a) Murid (L) berpakaian sukan sekolah dan lengkap berkasut.
             b) Murid (P) berpakaian sukan sekolah dan lengkap berkasut serta bertudung.
4.      Murid - murid Tahun 1 diingatkan supaya membawa buku Kem Bestari Solat yang telah dibeli pada      awal tahun kemasukan ke sekolah.
5.      Kehadiran semua murid adalah diwajibkan dan makanan akan disediakan sepanjang program tersebut.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

PAULINE LAI CHOY LIAN
Penolong Kanan
b/p Guru Besar
SK Sri Petaling

SENARAI NAMA FASILITATOR KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 DAN TAHUN 2

  1. USTAZ MUHAMMAD B ALI - KELAS 2 CEMPAKA & 2 MELUR - TEMPAT  SURAU
  2. USTAZAH FAIZAH BT MD. RAWI - KELAS 2 KENANGA - TEMPAT SURAU
  3. USTAZ MOHD SHUKRI B ABDULLAH - KELAS 2 MELATI - TEMPAT BILIK J-QAF
  4. USTAZAH SITI NORJANNAH BT ABDUL HAMID - KELAS 2 MAWAR - TEMPAT BILIK J-QAF
  5. USTAZAH NOORHAYATI BT HASSAN - KELAS 1 CEMPAKA - TEMPAT KELAS 1 CEMPAKA
  6. USTAZAH ANITASURIYANA BT MOHD ALI - KELAS 1 MELUR - TEMPAT KELAS 1 MELUR
  7. USTAZ MOHD AZIZI B CHE YAACOB - KELAS 1 KENANGA - TEMPAT KELAS 1 KENANGA
  8. USTAZAH MUSRIFAH BT HASAN - KELAS 1 MELATI - TEMPAT KELAS 1 MELATI
  9. USTAZ YUSRI - KELAS 1 MAWAR - TEMPAT KELAS 1 MAWAR

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.