SELAMAT TAHUN BARU 2020... SEMOGA TAHUN INI SSP AKAN LEBIH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.. GO SSP!!!!

Saturday, February 5, 2011

KONSEP PERMUAFAKATAN - Pelaksanaannya di sekolah

sambungan...

Jika dipandang jauh ke hadapan, sumbangan komuniti terhadap kemajuan sekolah tidaklah seharusnya terhad daripada kumpulan atau persatuan semata - mata. Jika komuniti di sekeliling sekolah itu sedar dan tahu peranan mereka, maka banyak sumbangan secara individu boleh diberikan. Individu yang dimaksudkan tidak semestinya mempunyai anak di sekolah berkenaan. Individu - individu yang berpengaruh dalam komuniti seperti pemimpin komuniti, pemimpin polotik, penghulu, imam, dan sebagainya dapat memberi teladan dan nasihat kepada pelajar - pelajar di luar sekolah, nescaya akan dapat meringankan beban sekolah dan menambahkan keberkesanan proses pendidikan.


Setiap individu dalam komuniti dapat juga menyumbangkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam membantu sekolah dalam bidang kokurikulum dengan memberikan khidmat sukarela mereka dalam pelbagai bidang seperti mengajar seni silat, permainan tertentu seperti hoki dan lain - lain lagi.

Komuniti juga perlu membantu dalam mengadakan suasana yang sesuai dengan pembentukan perkembangan pelajar dengan menunjukkan sifat - sifat terpuji. Pelajar - pelajar akan dapat menghayati nilai - nilai yang baik di dalam dan juga di luar sekolah. Ini dapat mengelakkan timbulnya konflik nilai dalam diri pelajar itu.

Dahulu, guru dianggap sebagai penyampai pengetahuan dan pembimbing. Tetapi kini, ia lebih mencabar dengan tugas sebagai penasihat, pencipta, pengilham cita - cita, agen perubahan dan pembentuk moral. Oleh itu, masyarakat patut meletakkan taraf guru - guru yang membina minda dan diberi galakan. Ini akan dapat meningkatkan prestasi guru dan menaikkan moral serta motivasi guru.

 - dipetik daripada karya Norihan Bt. Haji Azizan, "Konsep Permuafakatan", Siri Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki, Terbitan Institut Aminuddin Baki,2009.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.