SELAMAT TAHUN BARU 2020... SEMOGA TAHUN INI SSP AKAN LEBIH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.. GO SSP!!!!

Friday, December 10, 2010

KONSEP PERMUAFAKATAN - Pelaksanaan Permuafakatan Di Sekolah

Selama ini konsep merapatkan sekolah dengan rumah adalah melalui PIBG. Tujuannya adalah supaya kedua - dua pihak dapat berhubung rapat. Pewujudan PIBG sebenarnya merupakan usaha untuk membina muafakat dalam pendidikan. Pendidikan sebenar boleh diertikan sebagai suatu muafakat yang melibatkan seberapa banyak pihak yang mungkin. Ibu bapa, jiran tetangga dan semua yang bertembung dengan kanak - kanak atau pelajar - pelajar, turut menyertai proses pendidikan kanak - kanak itu.


Peranan permuafakatan ibu bapa dalam pendidikan setakat ini melibatkan aktiviti - aktiviti seperti gotong-royong, kempen mengutip derma dan mesyuarat agung PIBG. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Perakuan 69, ia menyatakan "Dalam usaha untuk merapatkan hubungan di antara sekolah dengan masyarakat, adalah diperakukan supaya diperkemaskan lagi kegiatan - kegiatan PIBG agar tujuan-tujuan pertubuhan itu dapat dicapai dengan lebih memuaskan, dan ini termasuklah soal mewujudkan disiplin yang diingini dalam kalangan murid - murid".

    Ini menunjukkan penubuhan PIBG dianggap cukup penting dan sepatutnya memainkan peranan yang lebih luas dan berkesan lagi. Sekiranya segala aktiviti dapat dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya, maka diharapkan dapat :
  1. mewujudkan persefahaman dan penyuburan muafakat antara sekolah dan ibu bapa ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan.
  2. memperolehi kesepakatan dalam membuat keputusan yang bersangkut paut dengan pendidikan supaya para pelajar dapat muafakat yang paling maksimum.
  3. memberi peluang kepada ibu bapa dan guru membincag dan menyelesaikan masalah pendidikan melalui permuafakatan dan pembentukan pasukan.
  4. mewujudkan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan para pelajar.
  5. membantu dan menambah usaha institusi pendidikan dalam mengadakan kemudahan dan keperluan pendidikan.
  6. membolehkan ibu bapa dan guru bertukar - tukar fikiran dan maklumat pendidikan.
  7. memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berunding di antara satu dengan lain tentang cara memperbaiki taraf pendidikan.
  8. membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat ke arah mencapai matlamat perpaduan negara.
  9. membantu mewujudkan perasaan cintakan negara, semangat kekitaan, muhibbah, toleransi dan bertanggungjawab dalam kalangan murid - murid, guru - guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
  10. membantu supaya sekolah, guru dan murid mendapat perlindungan daripada sebarang angkara yang tidak sihat.
   - bersambung...

 - dipetik daripada karya Norihan Bt. Haji Azizan, "Konsep Permuafakatan", Siri Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki, Terbitan Institut Aminuddin Baki,2009.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.