SELAMAT TAHUN BARU 2020... SEMOGA TAHUN INI SSP AKAN LEBIH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.. GO SSP!!!!

Friday, December 10, 2010

KONSEP PERMUAFAKATAN - Pelaksanaan Permuafakatan Di Sekolah

Selama ini konsep merapatkan sekolah dengan rumah adalah melalui PIBG. Tujuannya adalah supaya kedua - dua pihak dapat berhubung rapat. Pewujudan PIBG sebenarnya merupakan usaha untuk membina muafakat dalam pendidikan. Pendidikan sebenar boleh diertikan sebagai suatu muafakat yang melibatkan seberapa banyak pihak yang mungkin. Ibu bapa, jiran tetangga dan semua yang bertembung dengan kanak - kanak atau pelajar - pelajar, turut menyertai proses pendidikan kanak - kanak itu.


Peranan permuafakatan ibu bapa dalam pendidikan setakat ini melibatkan aktiviti - aktiviti seperti gotong-royong, kempen mengutip derma dan mesyuarat agung PIBG. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Perakuan 69, ia menyatakan "Dalam usaha untuk merapatkan hubungan di antara sekolah dengan masyarakat, adalah diperakukan supaya diperkemaskan lagi kegiatan - kegiatan PIBG agar tujuan-tujuan pertubuhan itu dapat dicapai dengan lebih memuaskan, dan ini termasuklah soal mewujudkan disiplin yang diingini dalam kalangan murid - murid".

    Ini menunjukkan penubuhan PIBG dianggap cukup penting dan sepatutnya memainkan peranan yang lebih luas dan berkesan lagi. Sekiranya segala aktiviti dapat dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya, maka diharapkan dapat :
  1. mewujudkan persefahaman dan penyuburan muafakat antara sekolah dan ibu bapa ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan.
  2. memperolehi kesepakatan dalam membuat keputusan yang bersangkut paut dengan pendidikan supaya para pelajar dapat muafakat yang paling maksimum.
  3. memberi peluang kepada ibu bapa dan guru membincag dan menyelesaikan masalah pendidikan melalui permuafakatan dan pembentukan pasukan.
  4. mewujudkan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan para pelajar.
  5. membantu dan menambah usaha institusi pendidikan dalam mengadakan kemudahan dan keperluan pendidikan.
  6. membolehkan ibu bapa dan guru bertukar - tukar fikiran dan maklumat pendidikan.
  7. memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berunding di antara satu dengan lain tentang cara memperbaiki taraf pendidikan.
  8. membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat ke arah mencapai matlamat perpaduan negara.
  9. membantu mewujudkan perasaan cintakan negara, semangat kekitaan, muhibbah, toleransi dan bertanggungjawab dalam kalangan murid - murid, guru - guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
  10. membantu supaya sekolah, guru dan murid mendapat perlindungan daripada sebarang angkara yang tidak sihat.
   - bersambung...

 - dipetik daripada karya Norihan Bt. Haji Azizan, "Konsep Permuafakatan", Siri Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki, Terbitan Institut Aminuddin Baki,2009.

Friday, September 3, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT BERCUTI

Pihak Admin dan seluruh warga sekolah SK Sri Petaling mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga hari - hari mendatang akan membawa seribu kecemerlangan dan kegemilangan di dalam hidup kita. Selamat Bercuti...!!!

SURAT SIARAN UNTUK IBU BAPA



Thursday, September 2, 2010

DAYA KREATIVITI DAN SEMANGAT KERJASAMA SERTA PATRIOTISME GURU DAN MURID SSP TERSERLAH

Idea untuk menghasilkan Jalur Gemilang daripada cap ibu jari murid telah mencetuskan satu dimensi baru di dalam konteks menyambut Bulan Kemerdekaan pada tahun ini. Idea ini telah mendapat sambutan yang cukup baik daripada semua murid Tahap Satu SK Sri Petaling dan mendapat kerjasama yang erat daripada guru - guru.

Idea ini datangnya daripada En. Syamsul Amri B. Mohd Noor, guru Pendidikan Seni Visual dan merangkap Ketua Panitia PSV yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan program ini. Hasil daripada idea ini dan juga kerjasama semua murid ini telah dimuatkan di dalam berita akhbar Kosmo! bertarikh 19 Ogos 2010.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Syamsul Amri dan semua guru serta murid SK Sri Petaling di atas kerjasama yang telah diberikan untuk menjayakan program ini. Semoga para guru SSP akan dapat menghasilkan lagi idea - idea yang canggih dan bernas untuk menjadikan SSP sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Dipetik daripada akhbar Kosmo! 19/8/2010


Thursday, August 19, 2010

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN


Kami mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan seterusnya selamat berpuasa kepada semua ibu bapa dan murid SK Sri Petaling, guru - guru dan seterusnya seluruh umat islam. Semoga kedatangan bulan Ramadhan ini dapat memberikan ketenangan dan kekuatan untuk kita terus berusaha menuju kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Gambar ihsan daripada www.iluvislam.com

Wednesday, August 11, 2010

WAKTU PERSEKOLAHAN SESI PETANG SEMPENA BULAN RAMADHAN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini waktu persekolahan sesi petang telah diubah untuk keselesaan murid dan guru - guru sesi petang. Untuk melihat perubahan tersebut sila klik di sini atau tajuk di bawah.

WAKTU PERSEKOLAHAN SESI PETANG