PENGENALAN
PEBEL ialah penilaian yang berterusan dalam proses pendidikan terhadap perkembangan murid dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani seperti yang dihasratkan didalam FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN . PEBEL dilaksanakan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Program ini akan mengambil kira faktor faktor lain yang membantu kecemerlangan murid yang melibatkan kuantiti dan kualiti hasil kerja murid serta kemahiran mengurus masa . Disamping itu, sikap positif dan penglibatan aktif murid dalam proses pembelajaran turut diberi penekanan .
RASIONAL
Sistem penilaian yang sedia ada hanya mengukur kejayaan murid berdasarkan pencapaian akademik dalam peperiksaan berpusat . Dengan adanya PEBEL , murid dibimbing untuk menjadi lebih komited terhadap pembelajaran disekolah , dari segi penglibatan dalam kelas , mutu kerja yang baik , menghargai ketepatan masa dan memupuk sikap positif serta lebih bermotivasi . PEBEL juga menyediakan budaya belajar positif dalam kalangan murid yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT yang mengambil kira kerja kursus dan sikap terhadap pembelajaran dalam pemarkahan akademik mereka . PEBEL dilaksanakan untuk melahirkan insan yang holistik dari segi akademik dan sahsiah serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara selaras dengan Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu Membangunkan Modal Insan .
MATLAMAT
Melalui PEBEL , murid akan lebih bermotivasi dan berminat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan lebih memberi tumpuan dalam kelas . Secara tidak langsung akan membentuk murid yang lebih berdisiplin . Seterusnya akan memberi impak ke arah peningkatan pencapaian akademik sekolah .
INSTRUMEN/KONSTRUK PEBEL
Mengikut kesesuaian SK Sri Petaling , PEBEL dibahagikan kepada Konstruk 1 dan Konstruk 2 mengikut peraturan yang tertera dibawah . pemberat markah untuk penilaian menulis adalah 90% .
Konstruk 1 : 6% (tumpuan kepada tugasan murid )
a) tugasan - 3 markah
b) mutu kerja - 2 markah
c) ketepatan masa menghantar tugasan - 1 markah
Konstruk 2 : 4% ( tumpuan kepada tingkahlaku murid semasa pengajaran dan pembelajaran)
a) sikap - 2 markah
b) penglibatan - 2 markah
pemarkahan keseluruhan
- penilaian bertulis (ujian/peperiksaan) 90%
-konstruk 1 dan konstruk 2 (PEBEL) 10%
JUMLAH 100%
IMPLEMENTASI
Mulai PKSR 1 , markah keseluruhan termasuk markah yang diperolehi dari ujian / peperiksaan dan PEBEL .
PEBEL merupakan inisiatif Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama yang telah dirancang selaras dengan hasrat untuk menggerakkan usaha ke arah meningkatkan pencapaian akademik sekolah sekolah dibawah PPD .
Pihak sekolah berharap mendapat kerjasama daripada ibu bapa untuk membantu anak - anak dan guru - guru bagi menjayakan program ini .
Saya yang menjalankan tugas ,
ANUM ZAKIAH BT HJ. GAM
GURU BESAR SK SRI PETALING
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.