SK SRI PETALING
Jalan 12/15, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Wednesday, May 9, 2012
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 2 (PKSR 2)
PKSR 2 akan bermula pada 14 Mei 2012 dan berakhir pada 18 Mei 2012. Namun begitu murid tahap 2 akan bermula pada hari Jumaat 11 Mei 2012 untuk Projek Kajian Tempatan dan Bahasa Arab. Selamat menghadapi peperiksaan. Selamat Berjaya!!!
Monday, May 16, 2011
SELAMAT HARI GURU 2011
Bersempena dengan hari yang mulia ini, pihak admin dan juga semua warga kerja unit ICT SSP ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik di SSP khususnya dan di Malaysia amnya.
Semoga dengan sambutan hari ini, maka akan menyemarakkan lagi semangat guru - guru untuk mendidik anak bangsa kita. Diharapkan semua guru dapat memberikan komitmen yang tinggi dan pengorbanan yang tulus ikhlas untuk masa depan agama, bangsa dan negara kita.
Semoga pekerjaan dan pengorbanan kita ini mendapat keberkatan dari-Nya. Amin.

Gambar ihsan dari blog ridzuan1706.wordpress.com |
Semoga pekerjaan dan pengorbanan kita ini mendapat keberkatan dari-Nya. Amin.
Thursday, May 12, 2011
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK SRI PETALING PADA HARI ISNIN 16 MEI 2011
Pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada hari Isnin 16 Mei 2011. Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah pada waktu pagi. Murid - murid dikehendaki memakai pakaian sukan dan tidak perlu membawa beg. Aturcara khas yang menarik telah disusunpada hari tersebut. Waktu persekolahan murid - murid adalah seperti berikut :
Bersama - samalah kita menyambut Hari Guru ini dengan penuh rasa gembira. Kehadiran murid - murid amat dialu - alukan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

JADUAL WAKTU PKSR 2 2011
Berikut adalah Jadual Waktu Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 2 (PKSR 2) / Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011
Saturday, March 5, 2011
TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2011
Kepada semua ibu bapa dan sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan takwim sekolah SK Sri Petaling Tahun 2011 bolehlah klik pada pada pautan di bawah atau klik pada ruangan Menu di sebelah kanan.
SILA KLIK DI SINI
SILA KLIK DI SINI
Saturday, February 5, 2011
KONSEP PERMUAFAKATAN - Pelaksanaannya di sekolah
sambungan...
Jika dipandang jauh ke hadapan, sumbangan komuniti terhadap kemajuan sekolah tidaklah seharusnya terhad daripada kumpulan atau persatuan semata - mata. Jika komuniti di sekeliling sekolah itu sedar dan tahu peranan mereka, maka banyak sumbangan secara individu boleh diberikan. Individu yang dimaksudkan tidak semestinya mempunyai anak di sekolah berkenaan. Individu - individu yang berpengaruh dalam komuniti seperti pemimpin komuniti, pemimpin polotik, penghulu, imam, dan sebagainya dapat memberi teladan dan nasihat kepada pelajar - pelajar di luar sekolah, nescaya akan dapat meringankan beban sekolah dan menambahkan keberkesanan proses pendidikan.

Setiap individu dalam komuniti dapat juga menyumbangkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam membantu sekolah dalam bidang kokurikulum dengan memberikan khidmat sukarela mereka dalam pelbagai bidang seperti mengajar seni silat, permainan tertentu seperti hoki dan lain - lain lagi.
Komuniti juga perlu membantu dalam mengadakan suasana yang sesuai dengan pembentukan perkembangan pelajar dengan menunjukkan sifat - sifat terpuji. Pelajar - pelajar akan dapat menghayati nilai - nilai yang baik di dalam dan juga di luar sekolah. Ini dapat mengelakkan timbulnya konflik nilai dalam diri pelajar itu.
Dahulu, guru dianggap sebagai penyampai pengetahuan dan pembimbing. Tetapi kini, ia lebih mencabar dengan tugas sebagai penasihat, pencipta, pengilham cita - cita, agen perubahan dan pembentuk moral. Oleh itu, masyarakat patut meletakkan taraf guru - guru yang membina minda dan diberi galakan. Ini akan dapat meningkatkan prestasi guru dan menaikkan moral serta motivasi guru.
- dipetik daripada karya Norihan Bt. Haji Azizan, "Konsep Permuafakatan", Siri Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki, Terbitan Institut Aminuddin Baki,2009.

Saturday, December 18, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)